Friday, 15 March 2013

CLASSROOM MUMBAI


video ini memaparkan tentang aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di Mumbai di bawah AKANKSHA sewaktu TEACHER'S DAY.. its really interesting.. 

 "On Teacher's Day, while everyone was celebrating their teachers,
Akanksha's kids went out looking for theirs.
 
Spread the word, and help Akanksha find more teachers."

anda tidak perlu menjadi guru untuk mendidik.. 
gunakan apa yang anda ada dan kongsikannya untuk manfaat bersama.. 
harap ia akan memberi inspirasi kepada semua... :D







Thursday, 14 March 2013


Assalamualaikum kawan-kawan.


Post kali ini kami telah memperkenalkan aktiviti lain yang boleh guru-guru aplikasikan dalam darjah untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang positif. 


                                        Selamat membaca dan mencuba ^_~





                                    "OUR RULES TREE"
                                


Objektif

  • Dapat membentuk murid-murid yang koperatif dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


Konsep

  • Menggunakan konsep demokrasi  berpandukan kepada Model Akibat Logikal Dreikurs dimana murid-murid boleh bekerjasama dalam membentuk peraturan bilik darjah supaya mereka selesa untuk belajar dalam bilik darjah.



Keistimewaan

  • Murid-murid dapat belajar secara bekerjasama antara satu sama lain.
  • Murid-murid dapat menerima dan melakukan peraturan yang mereka cadangkan tanpa rasa berat hati.
  • Dapat meningkat keyakinan diri murid-murid.
  • Dapat melatih mereka untuk berfikir sesuatu yang positif.



Cara pelaksanaan


 1.   Di sudut kelas,guru menyediakan sebatang pokok atau 
      replika pokok dan guru menamakan pokok 
      tersebut sebagai ‘Pokok Peraturan Kami’.

    2. ‘Pokok’ tersebut di sediakan dengan tali-tali yang
         tergantung untuk digunakan sebagai tempat
         meletakkan peraturan.

 3.  Seterusnya guru akan menerangkan kepada murid-murid
      tentang kegunaan ‘pokok’ tersebut di dalam kelas.


 4.  Setelah guru memberikan penerangan kepada murid-
      murid, murid-murid telah diberikan sehelai kertas dan 
      sebatang marker pen oleh guru.


 5. Setelah itu,guru meminta murid-murid untuk
     menuliskan peraturan yang boleh diaplikasikan di dalam 
     kelas dan seterusnya mereka sendiri boleh mengikuti 
     peraturan yang telah mereka buatkan.


 6.  Seterusnya kertas yang telah ditulis dengan cadangan 
      peraturan mereka, dikumpulkan dan di serahkan kepada 
      guru  dan sama-sama berbincang dengan murid-murid 
      untuk semakan dan pemillihan berdasarkan kepada 
      kesesuaian matlamat salah murid-murid.


 7.   Setelah mencapai kata sepakat hasil daripada
      perbincangan dengan murid-murid, kemudian guru akan
      menggantungkan kertas cadangan peraturan yang 
      dipersetujui di ‘pokok’.


 8.   Akhir sekali, guru akan memberi peringatan kepada
      murid-murid supaya mereka mematuhi peraturan yang
      telah mereka tetapkan dan yang dipersetujui oleh 
      mereka  sendiri.  




Harap aktiviti ini dapat membantu para guru dalam  mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. ^_^

Sunday, 10 March 2013

MY JAR AWARD



terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. di sini kami ingin berkongsi salah satu aktiviti yang telah direka dan insyaAllah sesuai diaplikasikan di sekolah. 
aktiviti kali ini dipanggil...
"MY JAR AWARD"
 

OBJEKTIF : 

mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah.

KONSEP : 

Menggunakan satu sistem penghargaan kepada murid apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang diingini.

CARA PELAKSANAAN :

  • setiap murid disediakan dengan satu BALANG yang telah diletakkan tag nama pada balang tersebut. balang-balang tersebut akan disusun disatu sudut atau di rak yang disediakan.

 
  •  setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan membuat pemerhatian dan penilaian terhadap tingkah laku murid. terdapat tiga aspek yang dinilai.. 
  • pada akhir sesi P&P, guru akan memberi guli yang berlainan warna kepada murid yang menepati aspek yang telah ditetapkan. 
  • Di sini, dicadangkan tiga kategori iaitu :
  1. rajin bertanya dan menjawab soalan
  2. bekerjasama dengan ahli kumpulan
  3. berkelakuan baik dan mendengar kata



  • murid yang mendapat guli akan memasukkan guli tersebut ke dalam balang yang telah disediakan.  

  • aktiviti ini akan berterusan hingga akhir tahun.
  • pada AKHIR TAHUN, guru akan mengadakan satu MAJLIS ANUGERAH. majlis ini bertujuan MENGHARGAI usaha murid yang memberikan kerjasama dan berusaha dalam menjayakan aktiviti ini yang berjalan sepanjang tahun tersebut.
  • hadiah akan diberi kepada murid yang berjaya mengumpul GULI TERBANYAK MENGIKUT KATEGORI yang telah ditetapkan beserta PEMENANG KESELURUHAN.


  KEISTIMEWAAN :

  • Murid menjadi lebih bersemangat untuk mengikuti sesi pengajaran & pembelajaran dengan adanya ransangan hadiah. hal ini disebabkan oleh fitrah semulajadi kanak-kanak yang suka atau lebih cenderung kepada motivasi ekstrinsik (elemen-elemen luaran seperti hadiah, pujian).
  • tingkah laku yang diingini dapat dicapai.
  • berlaku sepanjang tahun.

HARAP AKTIVITI NI DAPAT DIAPLIKASIKAN OLEH GURU2 DI SEKOLAH NANTI.. 
HOPE ITS WORKING.. :D



Saturday, 9 March 2013

TERAPI REALITI GLASSER


model yang terakhir... inilah dia.. MODEL DISIPLIN TERAPI REALITI GLASSER.. team yang bentang tajuk ni terdiri daripada AMIIRAH, SYAFIQ dan ATIKAH..



PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN


Next... jeng jeng jeng.. HEHEHE
ok, kali pulak ialah ppt tentang MODEL DISIPLIN PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN yang dibentang oleh LIYANA, AZRIE dan HASZIERA..

 

AKIBAT LOGIKAL DREIKURS











OK... next, kite lihat pada MODEL DISIPLIN AKIBAT LOGIKAL DREIKURS yang disampaikan oleh SYAHIRAH, HASAN, DURRIYAH dan MUSLIM...



MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER