Aktiviti ke-3
Konsep : Model Pengurusan Disiplin Asertif Canter – peneguhan dalam dua
Konsep : Model Pengurusan Disiplin Asertif Canter – peneguhan dalam dua
bentuk, iaitu :
Ganjaran
|
Hukuman
|
Tingkah laku diingini
|
Tingkah laku tidak diingini
|
“Oh! My English”
Objektif :
1. Mengurangkan tingkah laku bermasalah dan tidak diingini
dalam bilik darjah.
2. Membantu guru mengawal disiplin murid dalam bilik darjah.
3. Memberi kesedaran kepada murid akan kepentingan duit
dalam kehidupan masa kini.
Cara pelaksanaan :
1. Guru menyediakan satu carta yang mengandungi nama semua
murid (1 kelas) dan sebuah “Tabung Hukuman”.
Aiman
|
|
Haris
|
|
Kaisara
|
|
Zakiah
|
Tabung Hukuman
2. Guru menyenaraikan tingkah laku yang tidak diingini
daripada murid dalam bilik darjah. Contoh :
Tingkah Laku Tidak
Diingini
|
Makan gula-gula getah
|
Bercakap-cakap /
bersembang
|
Duduk di atas meja
|
Tidur
|
Membuang sampah
merata-rata
|
3. Setiap tingkah laku yang tidak diingini diwakili oleh
stiker yang berlainan warna. Contoh :
Tingkah Laku Tidak
Diingini
|
Bercakap-cakap /
bersembang
|
Tidur
|
Membuang sampah
merata-rata
|
4. Setiap murid yang melakukan salah satu tingkah laku yang
tidak diingini akan dikenakan hukuman sebanyak 20sen. Contoh :
Kesalahan Aiman – Tidur
Hukuman ke atas
Aiman – 20sen
5. Guru akan melekatkan satu stiker yang mewakili satu
kesalahan yang dilakukan oleh murid. Contoh :
Aiman
|
|
Haris
|
|
Kaisara
|
|
Zakiah
|
6. Duit yang dibayar atas setiap kesalahan pula akan
dimasukkan ke dalam “Tabung Hukuman”.
7. Pada setiap hari Jumaat, guru akan membuat penilaian
terhadap kekerapan murid melakukan kesalahan berdasarkan carta yang disediakan.
8. Amaran diberikan oleh guru kepada murid yang paling kerap
melakukan tingkah laku yang tidak diingini.
Kesan :
1. Murid diharap tidak akan mengulangi tingkah laku yang
tidak diingini sebaliknya lebih kerap melakukan tingkah laku yang diingini
(positif).
2. Kesedaran murid terhadap kepentingan duit meningkat
menyebabkan mereka berusaha untuk mengurangkan kekerapan melakukan kesalahan.
“ Semakin kerap
melakukan kesalahan, semakin banyak duit yang dikeluarkan” – Fikiran Murid
Keistimewaan :
1. Wang yang dikutip hasil daripada hukuman ke atas
muridboleh dimasukkan ke dalam tabung kelas atau digunakan untuk jamuan kelas
pada akhir tahun.
No comments:
Post a Comment