Wednesday 27 March 2013

HUKUMAN DALAM PERNIAGAAN

Aktiviti ke-3 
Konsep       : Model Pengurusan Disiplin Asertif Canter – peneguhan dalam dua
  bentuk, iaitu :
Ganjaran
Hukuman
Tingkah laku diingini
Tingkah laku tidak diingini
                       
                        : Hukuman menggunakan “duit syiling” – adaptasi salah satu episod
  “Oh! My English”
Objektif           :
1.    Mengurangkan tingkah laku bermasalah dan tidak diingini dalam bilik darjah.
2.    Membantu guru mengawal disiplin murid dalam bilik darjah.
3.    Memberi kesedaran kepada murid akan kepentingan duit dalam kehidupan masa kini.
Cara pelaksanaan   :
1.    Guru menyediakan satu carta yang mengandungi nama semua murid (1 kelas) dan sebuah “Tabung Hukuman”.

Aiman

Haris

Kaisara

Zakiah

Carta Nama Murid


                                                        Tabung Hukuman


2.    Guru menyenaraikan tingkah laku yang tidak diingini daripada murid dalam bilik darjah. Contoh :

Tingkah Laku Tidak Diingini
Makan gula-gula getah
Bercakap-cakap / bersembang
Duduk di atas meja
Tidur
Membuang sampah merata-rata

3.    Setiap tingkah laku yang tidak diingini diwakili oleh stiker yang berlainan warna. Contoh :

Tingkah Laku Tidak Diingini

gula-gula.jpgMakan gula-gula getah
bercakap-cakap.jpgBercakap-cakap / bersembang
tidur.jpgTidur
buang sampah.jpgMembuang sampah merata-rata

4.    Setiap murid yang melakukan salah satu tingkah laku yang tidak diingini akan dikenakan hukuman sebanyak 20sen. Contoh :
Kesalahan Aiman                – Tidur
Hukuman ke atas Aiman    – 20sen
5.    Guru akan melekatkan satu stiker yang mewakili satu kesalahan yang dilakukan oleh murid. Contoh :

Aiman
tidur.jpg
Haris

Kaisara

Zakiah


6.    Duit yang dibayar atas setiap kesalahan pula akan dimasukkan ke dalam “Tabung Hukuman”.
7.    Pada setiap hari Jumaat, guru akan membuat penilaian terhadap kekerapan murid melakukan kesalahan berdasarkan carta yang disediakan.
8.    Amaran diberikan oleh guru kepada murid yang paling kerap melakukan tingkah laku yang tidak diingini.
Kesan                        :
1.    Murid diharap tidak akan mengulangi tingkah laku yang tidak diingini sebaliknya lebih kerap melakukan tingkah laku yang diingini (positif).
2.    Kesedaran murid terhadap kepentingan duit meningkat menyebabkan mereka berusaha untuk mengurangkan kekerapan melakukan kesalahan.
“ Semakin kerap melakukan kesalahan, semakin banyak duit yang dikeluarkan” – Fikiran Murid
Keistimewaan           :
1.    Wang yang dikutip hasil daripada hukuman ke atas muridboleh dimasukkan ke dalam tabung kelas atau digunakan untuk jamuan kelas pada akhir tahun.