Sunday 10 March 2013

MY JAR AWARD



terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. di sini kami ingin berkongsi salah satu aktiviti yang telah direka dan insyaAllah sesuai diaplikasikan di sekolah. 
aktiviti kali ini dipanggil...
"MY JAR AWARD"
 

OBJEKTIF : 

mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah.

KONSEP : 

Menggunakan satu sistem penghargaan kepada murid apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang diingini.

CARA PELAKSANAAN :

  • setiap murid disediakan dengan satu BALANG yang telah diletakkan tag nama pada balang tersebut. balang-balang tersebut akan disusun disatu sudut atau di rak yang disediakan.

 
  •  setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan membuat pemerhatian dan penilaian terhadap tingkah laku murid. terdapat tiga aspek yang dinilai.. 
  • pada akhir sesi P&P, guru akan memberi guli yang berlainan warna kepada murid yang menepati aspek yang telah ditetapkan. 
  • Di sini, dicadangkan tiga kategori iaitu :
  1. rajin bertanya dan menjawab soalan
  2. bekerjasama dengan ahli kumpulan
  3. berkelakuan baik dan mendengar kata



  • murid yang mendapat guli akan memasukkan guli tersebut ke dalam balang yang telah disediakan.  

  • aktiviti ini akan berterusan hingga akhir tahun.
  • pada AKHIR TAHUN, guru akan mengadakan satu MAJLIS ANUGERAH. majlis ini bertujuan MENGHARGAI usaha murid yang memberikan kerjasama dan berusaha dalam menjayakan aktiviti ini yang berjalan sepanjang tahun tersebut.
  • hadiah akan diberi kepada murid yang berjaya mengumpul GULI TERBANYAK MENGIKUT KATEGORI yang telah ditetapkan beserta PEMENANG KESELURUHAN.


  KEISTIMEWAAN :

  • Murid menjadi lebih bersemangat untuk mengikuti sesi pengajaran & pembelajaran dengan adanya ransangan hadiah. hal ini disebabkan oleh fitrah semulajadi kanak-kanak yang suka atau lebih cenderung kepada motivasi ekstrinsik (elemen-elemen luaran seperti hadiah, pujian).
  • tingkah laku yang diingini dapat dicapai.
  • berlaku sepanjang tahun.

HARAP AKTIVITI NI DAPAT DIAPLIKASIKAN OLEH GURU2 DI SEKOLAH NANTI.. 
HOPE ITS WORKING.. :D



6 comments:

  1. makasih2.. ade pnmbahbaikan or komen dok psal xtvti ni.. cekomen2x... he3

    ReplyDelete
  2. makasih cikgu tudung litup... :)

    ReplyDelete
  3. salam, xtiviti sgt menarik. bolehkah guli itu ditukar dengan barang lain?

    ReplyDelete
  4. salam... boleh.. ikut terpulang kpada cikgu.. :D

    ReplyDelete